Selepas 16 tahun, Malaysia sekali lagi terpilih untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9. Sukan dwi-tahunan ini dijenamakan sebagai Kuala Lumpur 2017. Malaysia bukan sahaja pernah menempa kejayaan dalam menganjurkan Sukan Komanwel 1998, malah telah berjaya muncul sebagai juara keseluruhan Sukan SEA 2001. Sukan SEA 2017 sememangnya dinantikan oleh peminat sukan tanahair.
Tahun 2017 juga menandakan tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-60, iaitu satu lagi tahun penting dalam sejarah negara kita. Kuala Lumpur 2017 ini bakal menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia. Sukan SEA ke-29 KL2017 akan membuka tirainya bermula 19 hingga 30 Ogos ini.
Tiket Sukan SEA 2017 Hangat Dijual
Bagi peminat sukan, Tiket bagi menyaksikan acara Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) telah mula dijual. Tiket yang berharga antara RM10 hingga RM20 dijual secara atas talian di www.kualalumpur2017.com.my. Selain menerusi atas talian, pembelian juga boleh dibuat di pusat-pusat jualan tiket yang akan diumumkan kelak serta di venue acara.
Tiket boleh dibeli dengan pembayaran secara tunai, debit atau kredit. Tiket dikenakan untuk beberapa venue sahaja termasuk pembukaan dan penutup Sukan SEA 2017 yang akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Acara yang dikenakan adalah :
- bola sepak
- badminton
- gimnastik
- sukan akuatik (terjun, renang, acara berirama dan polo air)
- sukan tempur (karate, taekwando, pencak silat,)
- futsal
- bola jaring
- ragbi
- berbasikal trek
- bola keranjang
- sepak takraw
- billiard dan snuker
- muay Thai
Selebihnya iaitu 32 acara lain seperti olahraga, kriket, tenis, tinju dan bola tampar boleh ditonton secara percuma.
Semua acara temasya Sukan Para ASEAN ke-9 yang akan bermula 17 hingga 23 September ini tidak memerlukan tiket untuk kehadiran dan tontonan.
Maskot Kuala Lumpur 2017
Sebagai lambang semangat sukan yang membara, kita memerlukan maskot yang hebat dan menarik. Maskot yang terpilih untuk Kuala Lumpur 2017 ialah spesis Harimau Malaya yang terkenal dengan sifat gagah perkasa, peramah, berdaya saing, sekaligus melambangkan jiwa atlet sebenar. Namanya adalah Rimau.
RIMAU ialah singkatan kepada HORMAT (RESPECT), BERWIBAWA (INTEGRITY), TANGKAS (MOVE), BERSIKAP POSITIF (ATTITUDE) DAN BERSATU (UNITY).
kejap je nak mula….xsabar nk tengok skaud bola dan badminton…harap dpt nombor 1!
Tu la. Kalau bola menang Emas memang terbaik la