Jika sebelum ini telefilem Pok Ya Cong Codei arahan dan lakonan Sabri Yunus diperkatakan umum sehingga tular di media sosial. Kini sempena raya Aidilfitri, pengarah berjiwa kreatif tersebut muncul dengan telefilem Pok Ya Cong Codei Siti Di Hati.
Pastinya peminat Pok Ya akan menanti sekuel telefilem ini. Untuk kali ini, Sabri Yunus memaparkan kehidupan Pok Ya yang telah ditinggalkan isterinya bersama dengan isteri baharu bernama Senah.
Pok Ya Cong Codei Siti Di Hati Berhari Raya
Pok Ya Cong Codei: Siti Di Hati akan ditayangkan pada 30 Jun ini menerusi saluran ASTRO Citra dan Mustika HD jam 9.00 malam. Bagi sekuel kali ini, Sabri Yunus bergandingan dengan Mawar Rashid, Issey Fazlisham dan Wan Hanafi Su.
Mengambil mood raya, cerita kali ini berkisarkan mengenai persiapan Aildilfitri di Kelantan. Ia antara paparan menarik yang ditunjukkan dalam kisah Pok Ya dan isterinya.
Bagi menambah dramatik di dalam telefilem ini, pengarah memaparkan masalah yang dihadapi Pok Ya bersama Senah yang terpaksa berkahwin atas permintaan bapanya. Senah yang pernah berkahwin dan bercerai menjadi dilema apabila bekas suaminya datang semula untuk rujuk kembali.
Senah masih mencintai bekas suaminya dan pada masa yang sama Pok Ya masih sayang pada Siti bekas isterinya.
Apa kesudahan telefilem ini? Adakah Senah kembali kepada bekas suami atau setia dengan Pok Ya.
Nantikan telefilem Pok Ya Cong Codei Siti Di Hati 30 Jun nanti.
Selamat menonton.
Leave a Reply