Seorang ibu yang ingin menyediakan bekal untuk keluarga, malah untuk dirinya sendiri pun pasti memilih sarapan pagi yang mudah dan ringkas. Selalunya telur pasti akan menjadi bahan paling utama dalam penyediaan sarapan. Pengambilan sarapan pagi amat penting untuk kita.
Telur merupakan salah satu sumber protein yang memberikan anda tenaga sehingga 3 ke 4 jam untuk anda bekerja.
Jadi kali ini aku ingin kongsikan beberapa resepi berasaskan telur untuk menu sarapan pagi. Menu sarapan pagi yang berkhasiat pasti menjadi pilihan untuk dijadikan bekal.
Resepi Sarapan Pagi Yang Mudah dan Ringkas
Resepi Roti Telur Hancur
Penyediaan resepi paling mudah dan boleh dihidangkan dengan pelbagai cara.
Telur dipukul bersama sedikit susu segar, garam dan serbuk lada hitam. Masukkan ke dalam kuali panas yang telah dimasukkan sedikit marjerin. Kacau hingga telur kental. Sedia dimakan bersama roti. Menambah kelainan, korang boleh cuba resepi telur hancur Parsi (Parsi Eggs). Serbuk kari atau serbuk cili berserta garam dimasukkan ke dalam telur.
Bagi lebih menarik, boleh tambah daun salad, daun ketumbar dan juga chia seed sebagai hiasan dan penambah selera.
Omelet Sayuran
Omelet sayuran ini merupakan resepi makanan yang sihat. Ia juga menu sarapan pagi yang mudah dan cepat.
Pukul telur, susu segar dan garam. Masukkan tomato dan capsicum hijau. Masak di atas kuali tanpa lekat.
Roti Sardin dan Telur
Untuk sarapan yang mudah dan mengenyangkan, anda boleh mencuba resepi roti sardin dan telur ini.
Kacau 4 biji telur bersama bawang dan juga sardin. Jangan lupa masukkan 2 camca kuah sardin bersama. Goreng seperti telur dadar dan tampalkan bersama roti dan masak sehingga garing. Ia boleh dimakan bersama sos atau mayones. Hiaskan bersama daun salad untuk dimakan bersama.
Roti sardin ini juga boleh dijadikan rsepi hidangan minum petang.
Sebenarnya banyak lagi sarapan pagi yang sihat untuk anak dan keluarga yang boleh korang cuba. Apa pun dalam penyediaan makanan perlu menu makanan sehari hari yang sederhana.
Ini lah menu favorite mama juga. Senang Dan sedap kan
Sarapan selalunya kak ana pun suka yang mudah di sediakan dan mengenyang kan , good idea CP , terima kasih atas perkongsian.