Nak makan nasi lemak sedap Penang? Gerai Nasi Lemak Cili Bilis tempatnya. Ia pernah dinobatkan sebagai Juara Nasi Lemak pada Pertandingan Penang Hawker Masters 2012.
Cili Bilis menjadikan nasi lemak sebagai menu utama. Ini kerana ianya mudah dimakan dan merupakan antara menu yang diminati rakyat Malaysia.
Gerai nasi lemak ini terletak di Medan Selera Persiaran Gurney, Pulau Pinang. Beroperasi mulai pukul 5 petang setiap hari, gerai ini sentiasa dipenuhi oleh pelanggan.

Keistimewaan Nasi Lemak Sedap Penang
Rahsia keenakan nasi lemak Cili Bilis ialah kerana menggunakan santan kelapa sawit dan bukannya santan kelapa. Memasak cara itu menjadikan nasinya sedap dan tidak mudah basi selain kandungan kolesterolnya rendah.
Sambalnya pula disediakan secara tradisional iaitu menggunakan cili yang digiling dengan lesung. Hasilnya sambal yang dimasak lebih sedap dan tahan lama.
Sambal dimasak dengan bahan-bahan campur resipi keluarga. Ia menjadikan sambal tumis cili bilis ini lain daripada yang lain. Ayam pula digoreng bersalut tepung menjadikannya garing dan sedap dikunyah.
Walaupun ringkas, dengan harga yang berpatutan nasi lemak ini antara nasi lemak yangsedap di Pulau Pinang. Selain rakyat Malaysia pelancong asing suka mencuba menutradisi tersebut.
Nasi lemak ini dijual dengan set asas nasi lemak bersama telur rebus, sambal,ikan bilis dan juga kacang tanah. Ia boleh ditambah dengan ayam goreng yang sedap dan telur goreng.
Lama xmakan nasi lemak nanti nak buat la hahaha nak pergi sana jauh huhuhu