Dijemput sendiri oleh GM Park Avenue Hotel, Sungai Petani Encik Azmi Rahman untuk menghadiri makan malam Projek Blogger Utara memang mengujakan. Dilayan bak VIP satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Saya bersama dengan team Projek Blogger Utara seramai 7 orang berpeluang untuk menikmati set makan malam yang dihidangkan sendiri oleh Chef Noor Azmy.
Ini merupakan kali ketiga saya makan di hotel 4 bintang yang terkenal di Sungai Petani ini. Hehe sahaja nak beritahu juga. Pada mulanya menjangkakan kami dijemput untuk review makan seperti selalu. Jangkaan meleset kerana makan malam ini khas untuk team Projek Blogger Utara kerana menghargai kerjasama yang terjalin antara Park Avenue Hotel dan Projek Blogger Utara.
Makan Malam Projek Blogger Utara Cukup Indah
Sampai di Dewan Sejati terus teruja dengan hiasan meja yang serba mewah. Diiringi muzik instrumental seolah – olah berada di majlis makan malam pegawai tentera. Menurut eksekutif pemasaran dan jualan Park Avenue Hotel, Cik Catherine makan malam untuk blogger ini mengambil konsep yang sama seperti makan malam pegawai tertinggi tentera.
Kami dihidangkan 6 set makanan bermula dari pembuka selera (appetizer) dan diakhiri dengan minuman teh dan kopi. Kau bayangkan budak kampung macam saya ini dihidangkan dengan makanan yang lazat sambil dilayan oleh pelayan yang sentiasa beratur di belakang terus berangan seperti seorang pegawai tinggi. Hihihi. Cuma tidak berpakaian tuksedo sahaja.
Hidangan pertama yang ke mulut saya ialah “Prawn Avokado Salad”. Udang yang direbus dan dihidangkan sejuk dengan salad avokado bersama juga campuran daun salad serta sos koktail yang dibuat sendiri oleh Chef Park Avenue Hotel.

Setiap kali hidangan sampai ke meja, Chef Noor Azmy akan menerangkan bahan dan juga apa yang dihidangkan malam itu. Semua hidangan dimasak segar khas untuk kami.

Kemudian pelayan menghidangkan “Cream of Wild Mushroom Soup”. Sekali pandang macam sup cendawan yang dijual di dalam tin di pasaraya. Namun sup yang dimasak dari pelbagai cendawan liar dan dihidangkan bersama krim putar segar ini memang 100% berlainan dari sup cendawan segera.

Sudah menjadi kebiasaan sebelum hidangan utama dihidangkan, kau akan makan sorbet yang rasanya masam-masam manis untuk mengurangkan rasa lemak selepas makan sup cendawan. Saya yang pertama kali mencuba “Orange Sherbet” terus jatuh cinta dengan rasa sorbet oren bersama buah limau mandarin.

Masa yang ditunggu sudah tiba. Tengok plating yang power terus tidak sabar untuk terkam hidangan utama hehe gelojoh pula saya iaitu “Medallion of Beef with Pink Pepper Corn Sauce”. Saya bagi 5 bintang untuk hidangan daging lembu yang dipotong dari daging batang pinang.

Keistimewaan hidangan ini terletak kepada sos pink pepper corn dan sos keju bleu. Untuk melengkapkan hidangan dihidangkan bersama sayuran dan kentang putar.

Tidak lengkap makan malam tanpa pencuci mulut. Saya rasa semua pasti kenal dengan Tiramisu. Saya yang kurang makan makanan manis turut mengakui kelazatan Tiramisu di Park Avenue Hotel. Tiramisu ini perlu makan bersama sos coklat dan strawberi.

Akhir sekali selepas menikmati hidangan yang sedap, dihidangkan pula biskut bersama kopi atau teh ikut pilihan.
Rasa cukup bertuah dapat menikmati hidangan yang lazat sempena Makan Malam Projek Blogger Utara. Terima kasih En. Azmi Rahman General Manager, Ms. Catherine Albons Sales & Marketing Executive, Chef Noor Azmy dan semua staf Park Avenue Hotel Sungai Petani.

Lokasi:
Park Avenue Hotel, Sungai Petani.
Gambar Oleh:
Azruz Lan dari UlaT KayU Artworks.
Untuk pertanyaan dan tempahan Whatsapp 011-32038189
Ceria semua muka yg p dinner malam tu.. Makanan pun sedap..
Untunglah jadi blogger utara.
Nak ikut.
semuanya sedap-sedap
alhamdulilah dpt gak merasa candle light dinner yang super mewah ini..1st time kut rasa diri ini begitu berharga di layan mcm VVVVVVIP ahaks..thanks a lot pihak pengurusan hotel dan GM PA
memang 1st time dapat macam ni
Macam malam penghargaan untuk blogger pulak ye 😀
ye.terharu lak diraikan macam tu
Salam bro rakan saya. Bwruntung jadi team Projek Blogger Utara, banyak program untuk ahli-ahli. Dapat jemputan daripada Park Avenue Hotel tentang makanan istimewa mereka lagi.
Terima kasih sahabat. Alhamdulilah sentiasa dapat kepercayaan dari client
untunglah jadi blogger tu