Korang pernah makan bingsu tak? Ia merupakan makanan macam ais kacang ala Korea. Tapi lebih besar dan tinggi. Letak pun dalam mangkuk yang besar. Hari tu aku makan di Beans N Beans Aman Central Alor Setar. Pertama kali juga makan bingsu ni. Maklumla aku bukannya minat sangat makanan Korea. Tapi nak juga cuba. Kata food lover. Hihi.
Ia ada pelbagai perisa. Choco , Caramel Popcorn , Patgi , Greentea , Cheese dan Konggi . Aku pilih Choco sebab kena dengan citarasa aku. Mungkin lain kali aku boleh cuba perisa yang lain.
Makan Bingsu di Beans N Beans Alor Setar
Sebenarnya ada macam-macam lagi hidangan di Beans N Beans ni. Antara yang popular adalah roti bakar. Royi bakar ni pun ada beberapa pilihan seperti Cinnamon Honey, Croque Monsieur, Redbean Cheese dan Injulmi Honey.
Tapi tujuan aku ke Beans N Beans untuk makan bingsu saja selain aku tertarik dengan dekorasi cafe ini. Dekorasi Beans N Beans cukup ringkas. Sesuai untuk dijadikan tempat melepak sambil membaca buku atau mencari idea.
Korang kalau nak cuba dessert dari Korea ini, boleh singgah di :
Beans N Beans Aman Central
Lot 4-23A, No.1 Aman Central, Lebuhraya Darul Aman
05100 Alor Setar
Kalau tak jumpa, cari saja GSC Cinema. Ada dekat situ ja.
Bingsu agak baru juga untuk saya tu..
kalau jumpa nak cuba rasa dulu la..
igtkan bisu tadi hahaha
tu abis ke mkn eskem sensorg
awat x ajak geng2 pbu
meriah skit hihi
klau masuk aman central nnt bole try la..
Jauh pulak dekat alor star sana tapi menu tu nampak sangat menarik sebab saya suka yang ada banyak coklat.