Lagu Jampi kini menjadi fenomena sehingga digelar lagu berhantu. Lagu dendangan Hael Husaini sering diputarkan di radio menjadi lagu yang mendapat rating tertinggi. Single pertama produk Akademi Fantasia ini seolah Hael ‘jampi’ lirik tersebut.
Lagu ciptaan sendiri Hael bersama Ezra Kong 100 peratus mengikut kehendak dan cita rasanya. Lagu Jampi lain dari lagu popular sekarang yang lebih kepada irama 90-an. Lagu ini pertembungan antara pop dan R&B yang diadun dengan baik.
Jampi ternyata mendapat sambutan memberangsangkan daripada pendengar. Sejak dilancarkan pada 10 Februari lalu, jumlah tontonan video lirik Jampi di YouTube mencecah lebih 100,000 dalam tempoh seminggu. Hingga hari ini, video lirik Jampi ditonton hampir tujuh juta pelayar Internet.
Seperti juga judulnya, ia bagaikan berjaya ‘menjampi’ ramai untuk melakukan ‘cover version’ lagu berkenaan.
Lirik Lagu Jampi
Bermula Pandang pertama
Terlihat Kamu di depan mata
Terasa Debar di dada
Menahan Rasa bila kau ada
Kau Buat ku terpaku
Sepertinya Diriku yang mahu
Diri kamu
Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan Bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata hanya kau harus aku cintai
Ha Ha ha aku ketawa
Terasa Aku tak tentu arah
Biodata Hael Husaini
Hal Husaini bin Razmi atau lebih dikenali sebagai Hael Azhael atau Hael Husaini merupakan seorang penyanyi remaja yang menyanyikan lagu-lagu bergenrekan pop bersama Azhar. Lahir pada 10 Disember 1987, penyanyi berasal dari Kuala LUmpur ini pernah menganggotai kumpulan duo AZHAEL.
Pada tahun 2017, Hael Husaini telah mengeluarkan kenyataan pengunduran diri dari kumpulan duo Azhael di laman instagram beliau pada 2 Februari 2017. Beliau akan tetap meneruskan aktiviti seni namun secara solo. Bagaimanapun, mungkin tidak ramai menghidu niatnya untuk bergerak solo kerana dia sendiri sudah popular di media sosial khasnya Instagram.
Video Klip Lagu Jampi
Apa yang pasti, penerimaan lagu ini amat melegakan Hael dan dia tidak mahu mensia-siakan peluang berkenaan. Populariti lagu ini sinar baru buat Hael untuk meneruskan impian menjadi pencipta lagu.
–cikpinz–
Ada yang search lagu ni dekat blog ekin padahal tulis pasal drama dia jer.. Pemes la lagu ni sebab drama mr P tu
Oooo patut la macam pernah dengar hihi