Pulau Pinang dan hidangan kari kepala ikan berpisah tiada. Lebih dikenali dengan gulai kepala ikan, ia merupakan hidangan istimewa dari Pulau Pinang.

Jika sebelum ini untuk menikmati kari kepala ikan kita akan ke kedai mamak. Kini sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-61, The Light Hotel menawarkan promosi Kari Kepala Ikan.
Lokasi The Light Hotel di Seberang Jaya berdekatan dengan Lebuhraya PLUS dan Jambatan Pulau Pinang memudahkan pengunjung datang menikmati hidangan berkenaan.
Hidangan disediakan chef The Light Hotel ternyata amat berbeza dan memiliki keistimewaan tersendiri jika dibandingkan dengan restoran nasi kandar.
Keistimewaan kari kepala ikan itu sememangnya mempunyai rahsia masakan unik kerana menggunakan rempah ratus dan bahan berkualiti tinggi.

Chef Eksekutif The Light Hotel, Chef Halim Mohamad bersama teamnya mengambil masa 5 ke 6 bulan untuk mempertingkatkan kualiti kari kepala ikan.
Hidangan kari kepala ikan di sini menggunakan ikan merah yang segar. Bekalan ikan diperolehi segar dari pasaran.
Promosi Hidangan Kari Kepala Ikan The Light Hotel

Promosi Special Merdeka ini menawarkan harga yang istimewa untuk hidangan kari kepala ikan. Untuk hidangan 4 orang termasuk kari kepala ikan istimewa, 2 jenis sayur dan nasi basmathi hanya RM130. Harga asal RM 200.
Boleh pilih pilihan sayur kacang botol goreng, kangkung goreng atau sayur campur. Kacang botol dan kangkung digoreng bersama sambal belacan yang disediakan sendiri oleh chef.
Bagi menambah selera, set kari kepala ikan itu turut dilengkapi lauk lain. Iaitu sambal udang, sotong rojak, kari ketam yang dihidangkan bersama Mantau dan ayam goreng kampung. Hidangan ini disediakan secara a la carte.

Sempena promosi ini juga, ada diskaun 20% untuk hidangan a la carte.
Promosi bermula 8 Ogos sehingga 16 September 2018 ini boleh dipilih untuk hidangan makan tengahari atau makan malam.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi The Light Hotel di talian 04 382 1111
Review penulis
Bagi saya, hidangan kari kepala ikan ini memang kena dengan selera. Ikan merah yang digunakan isinya lembut dan rasa kari itu sendiri ada keistimewaanya tersendiri.
Selain kari kepala ikan, saya suka sotong rojak dan ayam kampung goreng. Kalau ada penambahbaikan, cuma perlu tambah roti Benggali untuk cicah dengan kari. Ini boleh ganti nasi bagi yang kurang gemar makan nasi.
cantiknya gambar CP,, clear nampak gigi2 ikan hehe 🙂
haha fokus kat gigi
Mcm2 ada…. Menyelerakan….
Besar gak kari kepala ikan dia
zarul farhana bt mat akhir recently posted…Katering – SW ILHAM ENTREPRISE
puas makan kari kepala ikan
Sedap sungguh kari ikan ni. Naik selera.
Memang sedap tuan