Selepas berjaya merangkul kemenangan dengan lagu Jampi di Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL32), Hael Husaini kini mengorak langkah untuk mengeluarkan single terbaharu. HARAM yang pertama kali didengarkan ketika Anugerah MELETOP Era 2018 menjadi buah tangan baharu dari Hael.
Menariknya kali ini, Hael menjemput penyanyi bersuara emas Dayang Nurfaizah berduet dalam lagu tersebut.
Gabungan suara dua penyanyi berbakat besar ini dapat disaksikan melalui lagu baharu dari mereka yang berjudul ‘Haram’. Bait-bait lagu yang terhasil daripada kerjasama antara Hael sendiri bersama Ezra Kong pasti dapat menawan hati para peminat.
Lagu ini pasti mendapat tempat di hati peminat kerana menggabungkan dua juara Anugerah Juara Lagu di dalam satu lagu.
Para peminat yang rata-rata terbuai dan berpuas hati dengan hasil duet antara juara ALJ 31 DAN AJL 32 ini.
Lirik Lagu HARAM
Artist :Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
Tajuk : Haram
Lagu: Hael Husaini & Ezra Kong (Nova Music, Replay Music)
Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong (Nova Music, Replay Music)
VERSE 1
Selalu salah salah salah aku
Memilih cinta aku dulu
Mati rasa aku
Dan benar benar benar kali ini
Memilih kamu mencintai aku
PRE-CHORUS
Rahsiakan cinta ini
Biar tersimpan hingga sampai akhir nanti
CHORUS
Oh biar rasa ini
Tersimpan hanya untuk aku
Kamu saja tahu
Oh biar rasa ini
Hanya sekadar engkau tahu
Aku ada bila perlu
VERSE 2
Ternyata benar benar kali ini
Memilih kamu mencintai aku
PRE-CHORUS
CHORUS
BRIDGE
Kan ku haramkan hati selain diri ini
hu… hu… ho-oh…
Hanya kita berdua
CHORUS
Kita saja tahu Kita saja tahu
Leave a Reply