Pernah dengar nama Gedung Chak? Kalau tengok dari rupa luaran mesti orang akan teka pulut udang. Sebenarnya kuih ini merupakan sejenis kuih yang berasal daripada Negeri Kedah. Kuih ini mulanya diperkenalkan oleh penduduk Acheh yang datang dan menetap di kawasan Yan Negeri Kedah. Kemudiannya, mereka membawa tradisi makanan mereka dan seterusnya ia diterima dengan baik oleh penduduk di kawasan tersebut dan secara tidak langsung menjadikan kuih istimewa ini sebagai kuih tradisi negeri Kedah.
Terkenal di daerah Kuala Muda dan juga di daerah Yan. Ini kerana di kedua-dua daerah ini masih ramai yang berketurunan Acheh. Di daerah lain tak pernah jumpa lagi peniaga menjualnya. Kalau pengunjung yang ingin berkunjung ke Pantai Merdeka boleh singgah untuk membeli kuih tradisi ini di pekan Kota Kuala Muda. Ada satu gerai menjual gedung chak di tepi jalan. Sedap kuih yang dijual di situ. Atau yang datang membeli belah di Tanjung Dawai boleh cari di kedai makan berhampiran arked Tanjung Dawai.
Adunan Gedung Chak
Diperbuat daripada tepung pulut bersama kelapa parut berserta gula melaka, dibalut dengan menggunakan daun nipah membawa rasa yang enak dan aroma yang wangi. Gedung chak sedap dimakan panas-panas selepas dibakar. Keistimewaan kuih ini ia dibalut dengan menggunakan daun nipah yang jarang ditemui di tempat lain.
Seharusnya kuih ini diperkenalkan kepada masyarakat luar kerana ia boleh menjadi salah satu makanan warisan satu hari nanti.
tak pernah dengar ni pertama kali.. sekali tengok macam otak-otak kan..
Ya Ekin.
mesti sedap kan bro..
kalau tidak dipopularkan dari sekarang
tidak mustahil ia akan pupus juga akhirnya nanti
Ya sedap. Betul tu kena popularkan. Sayang kalau dah pupus