Gaya Lelaki. “Nak pakai apa ni? ok ke tak baju ni? stailo tak? Kasut sesuai tak?” Bagi lelaki yang mementingkan gaya (manstyle), perkara-perkara sebegini yang bermain difikiran. Lelaki juga seperti wanita yang mementingkan penampilan apabila menghadiri sesuatu majlis.
Selain memiliki basic 3 piece suit iaitu baju seluar dan kasut, lelaki juga perlu mempelbagaikan pilihan pakaian. Ini penting kerana gaya lelaki bukan sahaja apa yang disarungkan malah perlu mengambil perhatian perkara-perkara yang membuatkan lelaki nampak bergaya. Jangan main hentam kromo saja.
Pakaian Ke Majlis Formal
Sut
Setiap lelaki memerlukan sekurang-kurangnya sehelai sut untuk dipakai di majlis-majlis istimewa, walaupun untuk setahun sekali. Lelaki dan sut memang tidak boleh dipisahkan apabila menghadiri majlis formal. Cuba lihat artis-artis lelaki apabila menghadiri majlis anugerah, mereka lebih selesa mengenakan sut berbanding pakaian lain.

Ramai lelaki menyatakan membazir apabila perlu membeli sut. Jika anda tidak mahu membazir dan jarang menggunakan pakaian jenis ini, anda perlu memilih warna hitam klasik atau kelabu. Pilih potongan klasik kerana ia sesuai sepanjang masa. Hanya tukar kemeja atau tali leher bagi menyerlahkan gaya anda.
Kemeja Berwarna Biru atau Putih
Kemeja putih atau biru sesuai untuk dipadankan dengan sut atau seluar untuk majlis formal.
Tali Leher
Untuk menyerlahkan gaya lelaki apabila memakai sut, tali leher melengkapkan pemakaian sut. Tali leher harus mengikut trend terkini kerana trend tali leher sentiasa bertukar.
Kasut Hitam dan Tali Pinggang Hitam
Padanan yang cukup serasi. Kaut hitam dan tali pinggang hitam merupakan asas bagi gaya lelaki. Ia sesuai digayakan dipakai dalam apa jua majlis samada kasual atau formal. Pemilihan warna stoking juga perlu diambil perhatian. Untuk langkah selamat gayakan bersaam stoking hitam.
Pakaian Biasa
Jeans
Setiap lelaki pasti memiliki sekurang-kurangnya sehelai jeans bewarna biru. Jeans biru bukan sahaaj membuatkan anda versatil, tetapi juga selesa dan mudah disesuaikan dengan apa juga baju, kasut sandal mahupun kasut sukan.
T-shirt Putih
Gaya lelaki pasti menarik jika anda menggayakan jeans dan t-shirt putih. Ia bukan sahaja simple malah akan nampak hebat dan bergaya.
Sweater
Lelaki yang memakai sweater menampilkan karisma yang tersendiri. Sweater perlu yang ringkas dan tidak sarat dengan tulisan dan lukisan.
Kasut Sniker
Sniker yang dipadankan bersama jeans dan t-shirt membuat anda selesa dan bergaya. Pilih sniker yang sesuai dan tidak mencacatkan penampilan anda.
Mesti ada gambar syamel hihihihihi
#teamsyamel hihi
Hello Web Admin, I noticed that your On-Page SEO is is missing a few factors, for one you do not use all three H tags in your post, also I notice that you are not using bold or italics properly in your SEO optimization. On-Page SEO means more now than ever since the new Google update: Panda. No longer are backlinks and simply pinging or sending out a RSS feed the key to getting Google PageRank or Alexa Rankings, You now NEED On-Page SEO. So what is good On-Page SEO?First your keyword must appear in the title.Then it must appear in the URL.You have to optimize your keyword and make sure that it has a nice keyword density of 3-5% in your article with relevant LSI (Latent Semantic Indexing). Then you should spread all H1,H2,H3 tags in your article.Your Keyword should appear in your first paragraph and in the last sentence of the page. You should have relevant usage of Bold and italics of your keyword.There should be one internal link to a page on your blog and you should have one image with an alt tag that has your keyword….wait there’s even more Now what if i told you there was a simple WordPress plugin that does all the On-Page SEO, and automatically for you? That’s right AUTOMATICALLY, just watch this 4minute video for more information at. Seo Plugin