2016 dia dikesan mengalami simptom Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) atau serangan gastrik teruk. Sekali lagi penyanyi popular Ezad Lazim terpaksa membatalkan persembahan di Singapura kerana diserang GERD. Pelantun lagu Demi Cinta terpaksa dimasukkan ke Hospital Tan Tock Seng, di sana.
Pengurus Besar MVM Production, Hadi Rumnan iaitu syarikat penerbitan yang dinaungi Ezad berkata, Ezad lazim diserang penyakit itu ketika dia berlatih untuk program yang membabitkan artis Malaysia dan Singapura itu. Tempat Ezad diganti oleh seorang lagi bakat besar iaitu Syamel.
GERD adalah keadaan yang terjadi apabila refluks atau jeluak kandungan gastrik menyebabkan simptom atau komplikasi yang mendatangkan masalah. GERD atau gastrik kronik boleh menyerang sesiapa sahaja termasuk orang muda.
Ezad Lazim di Serang Gastrik Teruk
Menurut Harian Metro, Ezad Lazim ke Singapura pada 3 Julai lalu dan keesokan menjalani ‘soundcheck’. Pada 5 Julai dia berlatih dan rakaman program dijalankan keesokannya. Bagaimanapun dia mula mengalami masalah itu apabila jadual makannya terganggu dan kebetulan produksi program itu tidak menyediakan makanan,
Ezad mengalami muntah-muntah hingga membuatkan tubuhnya lemah. Berikutan keadaan kesihatan Ezad yang makin teruk, dia terpaksa dimasukkan ke hospital. Ezad dibenarkan keluar dari hospital berkenaan Sabtu lalu dan kini sedang berehat di rumahnya di sini. Difahamkan, keadaan Ezad masih lemah.
Mereka yang mengalami gastrik teruk perlu jaga waktu makan, tak boleh tertekan kerana apabila tertekan tubuhnya akan mengeluarkan sejenis asid yang menjadikan perut berangin dan akan muntah.
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Ezad Lazim kembali pulih seperti sediakala. Ramai yang merindui suara lunak penyanyi dari Kedah ini.
Petua Hilangkan Gastrik
Sebenarnya banyak petua untuk menghilangkan gastrik. Ada rawatan gastrik secara tradisional dan juga moden. Salah satu cara mudah ialah mengawal pemakanan. Ada juga ubat gastrik paling mujarab dijual di pasaran. Alkalising Green Plus atau AGP merupakan produk untuk penghidap gastrik mencuba.
Untuk mengetahui kebaikan AGP boleh klik CARA MERAWAT GASTRIK BERKESAN DENGAN AGP
Cp kat mana cari ubat gastrik tu ekin pun bulan puasa memang kena gastrik gak sampai lemah xleh buat apa.. Loni pun masih ada lagi..
Cik Ash recently posted…Design Watermark Glamora Beauty Johor
Ekin pi kat entri CP yang pasal AGP tu klik link whatsapp kat bawah tu
Ok2 cp tq ya..
Cik Ash recently posted…Design Watermark Glamora Beauty Johor