MITEC : Malaysia International Trade & Exhibition Centre merupakan salah sebuah ruang pameran yang terbesar di Malaysia. Ini merupakan kali ke-2 aku ke sana. Pertama kali ketika MITA Fair pada Januari dan minggu lepas untuk Malaysia Social Media Week 2018 (MSMW2018). Aku sebenarnya cukup kagum dengan senibina dan juga kemudahan di sini.
MITEC menawarkan kemudahan canggih yang menyediakan satu ruang pameran yang sesuai untuk pelbagai program dan acara berskala besar.
Mercu tanda ikonik berprestij baharu dalam negara, ia adalah komponen pertama pembangunan bercampur berimpak tinggi dalam projek KL Metropolis. Berkonsepkan bandar dalam bandar di mana perdagangan, perniagaan, kediaman dan pengangkutan tertumpu.
Merangkumi lebih daripada 75 ekar tanah pembangunan prima yang terletak di lokasi strategik. Ini kerana terletak dalam daerah pameran dan perdagangan antarabangsa di Kuala Lumpur.
Aku ingin kongsikan beberapa fakta menarik tentang MITEC yang telah direka cipta dengan teliti atas perkara kemapanan agar menggunakan sumber tenaga dengan berkesan. Ia juga memelihara air dan alam sekitar tanpa berkompromi terhadap pemfungsiannya.
Fakta Menarik Tentang MITEC
Ada beberapa fakta menarik yang perlu korang tahu mengenai pusat bernilai RM628 juta (129 juta Euro) ini. Telah dibangunkan oleh Naza TTDI Sdn Bhd, satu cabang hartanah Kumpulan Naza (Naza Corporation Holdings Sdn Bhd).
MITEC adalah satu projek kerjasama awam-swasta dengan kerajaan Malaysia yang diurus dan dioperasi oleh Prisma Galeri Sdn Bhd, sebuah entiti di bawah Kumpulan Naza . Dimiliki oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), sebuah agensi promosi perdagangan kebangsaan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Ruang Pameran Terbesar
Dengan keluasan tiga lantai pameran yang bersaiz dua kali ganda besar, MITEC juga mempunyai dewan pameran tanpa tiang yang terbesar di Malaysia. Pusat ini menawarkan 11 dewan pameran yang luas dan setara dengan lapan padang bola sepak jika digabungkan. Terdapat juga sebuah bilik jamuan dan 13 bilik mesyuarat.
Kalau korang nak tahu MITEC merupakan penaja utama untuk Malaysia Social Media Week 2018 (MSMW2018). Peserta MSMW2018 memang cukup bertuah apabila acara tahunan ini dijalankan di tempat yang besar dan hebat.
Ruang pameran setiap dewan memang besar dan selesa. Ketika MSMW 2018 lalu, aktiviti pada hari pertama berlangsung di HALL 2. Korang boleh bayangkan betapa besar dewan ni. Aktiviti summit, ruang pameran dan ruang makan di dalam satu dewan yang sama. Tak sesak malah boleh menampung ramai peserta. Ruang pentas juga besar.
Untuk lebih selesa, siling pusat ini dibina tinggi 36 meter. Jadi ruang akan nampak lebih besar.


Bukan sahaja ruang dewan yang besar, malah ruang bilik juga besar untuk dijalankan aktiviti. Ketika aktiviti workshop MSMW2018, bilik yang digunakan cukup luas dan selesa. Ini memudahkan aktiviti bengkel dijalankan.
Sebagai info, ruang pameran di pusat ini boleh menampung sehingga 2,200 booth. Sebab itu MITEC sering menjadi pilihan penganjur untuk menganjurkan pameran bertaraf antarabangsa. Antara pameran besar yang pernah dijalankan di sini adalah Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2018. Beberapa acara Sukan SEA 2017 juga telah diadakan di sini.
Kemudahan Yang Selesa
Pusat ini juga dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan termasuk bilik mesyuarat dan persidangan serta pejabat penganjur. Kemudahan media dan akhbar, ruang istirahat, kios dan rangkaian kedai makanan dan minuman juga disediakan.
Paling menarik di sini adalah tangga bergerak tertinggi dan terpanjang di Malaysia iaitu 15 meter. Patut la bila naik hari tu rasa gayat.
Surau di MITEC juga besar dan luas. Boleh menampung ramai jemaah untuk bersolat. Surau bersih dan kemas. Selesa untuk kita nak mengerjakan solat.

Kemudahan lain yang disediakan ialah tempat parkir yang banyak dan luas. Golongan OKU juga tidak dilupakan kerana semua kemudahan di pusat ini mesra OKU. MITEC menyediakan sebanyak 1,580 parkir termasuk ruang letak kereta bagi golongan kelainan upaya dengan kemudahan lif tanpa perlu berjalan jauh.
Makanan Oleh Chef MITEC
Sepanjang berlangsungnya Malaysia Social Media Week 2018 makanan untuk peserta disediakan oleh chef dari MITEC sendiri. Pilihan menu oleh chef mereka membuatkan para peserta amat berpuas hati. Siapa boleh lupa dengan keenakan donut yang besar, sushi nasi lemak, pastri dan pelbagai lagi hidangan yang disediakan.



Chef di sini bijak menyediakan makanan yang sedap dan sesuai dengan majlis. Jadi dengan adanya semua kemudahan ini, MITEC sememangnya tempat yang paling tepat untuk menganjurkan apa jua majlis.
INFO MITEC
Untuk sebarang pertanyaan boleh layari laman sesawang Malaysia International Trade & Exhibition Centre
Bagi media sosial pula boleh ke Instagram, Facebook, Twitter dan Linkedin.
Yang pasti rakyat Malaysia harus berbangga dengan MITEC. MITEC menawarkan kemudahan canggih yang menyediakan satu ruang pameran yang sesuai untuk pelbagai program dan acara berskala besar.
Sebagai ruang pameran terbesar negara dengan keluasan lantai pameran 45,000 meter persegi dan dewan pameran yang bersaiz tiga kali ganda besar, MITEC boleh menampung kapasiti yang tidak dapat ditempatkan di tempat lain dalam negara.
Semoga untuk tahun yang akan datang MITEC sekali lagi boleh menjadi tuan rumah untuk Malaysia Social Media Week.
Central Location
Kompleks MITEC, No. 8, Jalan Dutamas 2, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia
MITEC is easily accessible through several major roads and highways. The venue is located approximately 9km from the Kuala Lumpur City Centre and 65km from the Kuala Lumpur International Airport.
The following major roads, expressways and highways will conveniently direct visitors to MITEC:
- DUKE (Duta-Ulu Klang Expressway)
- NKVE (North Klang Valley Expressway)
- SPRINT Highway
- Jalan Kuching
Latitude: 3.17933, Longitude: 101.66757
WAZE : Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC)
saya kagum dan mahu melihat tempat ini bila membaca artikel ini.
Woowww mmg besaq la…
Kemudahan pengankutan xda ka..
LRT ka..
zarul farhana bt mat akhir recently posted…Review Kenduri : Diy – Kad Jemputan Kenduri
LRT jauh sikit.