Puncak Malimbu merupakan salah satu tempat pelancongan yang popular Kabupaten Lombok Barat, Propinsi Nusa Tenggara Barat. Terletak kira-kira 24 km dari kota Mataram, kurang lebih perjalanan satu jam dengan menggunakan kereta. Kedudukannya selepas Pantai Senggigi menuju ke Pelabuhan Bangsal. Perjalanannya sedikit mendaki dan selesa. Di sini juga dipanggil Bukit Malimbu.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah bergambar. Di sini juga tempat tumpuan untuk melihat sunset. Dengan percuma korang dapat menikmati pemandangan sunset di Bukit Malimbu akan lebih sempurna ketika langit dalam keadaan cerah. Pada keadaan tersebut korang tak hanya melihat pemandangan sunset yang indah.
Namun korang juga boleh melihat dua gili yang paling terkenal, iaitu Gili Trawangan dan Gili Meno dari kejauhan, dengan latar belakang sunset. Korang juga boleh melihat Gunung Agung dari kejauhan. Pemandangan yang sempurna inilah yang menjadikan Bukit Malimbu sebagai tempat terbaik untuk menikmati sunset di Pulau Lombok.
Bukit Malimbu hanyalah sekadar singgahan kecil. tetapi korang akan disajikan dengan berbagai hamparan panorama indah. Pemandangan yang biasa korang nikmati dari Bukit Malimbu di antaranya adalah Gunung Agung Bali dan Pantai Gili yang terlihat dari kejauhan, dan Pantai Malimbu di bawahnya. Perpaduan sempurna antara gunung, pantai, dan pohon merendang.
Bergambar di Puncak Malimbu
Program ke sini di buat waktu pagi sebelum ke Gili Trawangan, jadi kami disajikan dengan pemandangan indah di waktu pagi. Di Bukit Malimbu juga terdapat peniaga-peniaga kecil menjual makanan dan mutiara dengan harga yang boleh tawar-menawar.
Jadi aktiviti pagi itu hanya bergambar sambil menikmati pemandangan yang sungguh menyenangkan.
Untuk mereka yang suka kan ketenangan, Puncak Malimbu lokasi pilihan korang. Ia bukan sahaja tempat melihat pemandangan indah, di sini juga korang tidak perlu mengeluarkan wang kerana percuma.
cantik pemandangan di puncak nie.
Ya cantik bangat. Sesuai untuk mereka yang suka pemandangan
bila bos PBU nak bawa kami p lombok….hihi
Jom. Pakat-pakat tempah tiket
cantik gak tempatnya, patutla abah saya dok nak gi je
Memang cantik. Sesuai untuk orang yang suka tempat tenang.