“Cantik Imam Muda Asyraf pakai kurta tu.” Tiba-tiba mak bersuara ketika kami sedang bersarapan sambil tunjuk ke kaca tv.
“Dengar cerita baju tu dia design sendiri.” Tambah mak. Amboi mak ni tahu sahaja kan kalau pasal Imam Muda ni.
Aku buat dengar tak dengar sebab kurang berminat dengan kurta ni. Lagi pun aku lebih selesa dengan baju Melayu kalau tiba hari raya.
“Ni kalau anak mak pakai mesti segak. Pi la cari sehelai. Mak teringin nak tengok anak mak pakai kurta Imam Muda Asyraf ni.” Haa sudah. Aku kalau mak minta apa-apa memang aku tak boleh tolak.
Nampak gayanya aku kena cari juga kurta ni. Dalam fikiran macam mana aku nak dapatkan kurta tersebut.
Tanpa membuang masa aku buat carian di IG. Wahh memang ada la IG kurta IM Asyraf. Dah ada 3 butik Aisy Asyraf. Satu di Bangi, Shah Alam dan Johor.
Aku rasa baik aku ke Shah Alam sebab mudah nak ke sana. Demi mak, anak bujang ni sanggup pergi cari kurta. Nak segak macam Imam Muda.
Tanpa melengahkan masa, aku tempah tiket ETS dan bilik hotel untuk ke Shah Alam. Aku tak bagitahu mak aku ke sana nak beli kurta. Cakap ada urusan kerja. Memang aku nak buat kejutan untuk mak di hari raya nanti.
Beli Kurta Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf
Sepanjang perjalanan dengan menggunakan ETS sempat juga aku Google tentang butik dan kurta Aisy Asyraf ni. Rupanya nama Aisy Asyraf adalah gabungan nama Imam Muda Asyraf dengan anak beliau, Aisy Raihan.
Perniagaan ini mula beroperasi pada 4 Julai 2015 (17 Ramadhan 1436 Hijrah). Butik pertama Aisy Ayraf terletak di Bangi Sentral. Setelah hampir tiga tahun beroperasi IM Asyraf mengorak langkah membuka 2 cawangan pada tahun ini.
Pada 8 Mac 2018 cawangan pertama Aisy Asyraf dibuka di Shah Alam dan cawangan kedua di Johor yang terletak di Bangunan Angsana JB Mall di buka pada 25 Mac 2018.
Kalau korang nak tahu di butik Aisy Asyraf ni bukan jual kurta sahaja. Ada juga jubah, baju Melayu dan kameja batik.
Semakin tak sabar nak pergi ke butik untuk lihat sendiri pakaian keluaran Aisy Asyraf ni.
Butik Aisy Asyraf Shah Alam
Dari Kuala Lumpur aku menggunakan LRT ke Subang Jaya dan terus tempah Grab ke Seksyen 7 Shah Alam. Berpandukan petua di IG aku suruh Grab berhenti di hadapan Menara Jakel.
Butik Aisy Asyraf Shah Alam terletak di belakang Menara Jakel. Mudah sangat nak cari butik ni. Paling tak tahu pun cari sahaja Laman Seni 7. Nampak restoran Jemari, korang dah tak sesat. Butik ada di tingkat 1 atas restoran. Butik di Shah Alam dibuka setiap hari jam 10 pagi hingga 8 malam.
Papan tanda butik pun ada dan banner gambar IM Asyraf akan menyambut korang di tangga.
Sampai sahaja ke pintu butik, sudah menunggu pekerja butik yang sentiasa memberi senyuman manis menyambut kedatangan korang.
Bagai jatuh cinta pertama (bukan dengan pekerja butik ya) aku suka dengan ruang dalaman butik. Nampak kemas dan tenang sahaja untuk memilih baju.
Butik Aisy Asyraf ni nampak eksklusif. Tapi dalam masa yang sama risau juga sebab kalau dah ekslusif ni harga mesti mahal kan.
Mungkin pekerja butik macam tahu apa yang bermain di fikiran aku terus di terangkan harga di butik berbaloi dan berpatutan dengan kualiti produk yang diberikan.
“Tidak terlalu murah ataupun terlalu mahal” katanya.
Tambahnya lagi, “Walaupun beli yang murah, kualiti Aisy Asyraf masih dijaga dan dikekalkan”.
Memang betul cakapnya. Harga baju di sini bermula dari RM 49, namun kualiti baju memang tidak mengecewakan.
Semasa aku sampai pelanggan lain silih berganti. Pekerja butik tak jemu-jemu melayan pelanggan.
Keistimewaan Pakaian Aisy Asyraf
Menghasilkan sehelai kurta moden bukan semudah menjahit kelim baju mengunakan mesin jahit. Ianya memerlukan perancangan, proses, pemilihan material dan banyak lagi aspek yang mempengarui rekaan, memenuhi permintaan dan trend semasa.
Pekerja butik menerangkan kesemua rekaan pakaian di butik Aisy Asyraf Shah Alam mempunyai gaya yang tersendiri. Pemilihan kain yang berkualiti dengan potongan yang eksklusif supaya baju kelihatan cantik terletak di tempatnya.
Apa yang aku suka adalah potongan baju di sini tidak terlalu fit dan tidak gelebeh yang amat sesuai untuk golongon muda dan berumur bagi memberikan aura bergaya buat si pemakai.
Rekaan Kemas dan Trendy
Aku ni agak cerewet kalau nak memilih baju. Mesti aku nak tengok jahitan baju tersebut. Untuk rekaan Aisy Asyraf, jahitan yang kemas dan tidak mudah kedut atau renyuk.
Pemilihan kain juga menepati citarasa aku. Mengunakan kain jenis cotton wool, cotton polyester, dan printed cotton polyester membuatkan pakaian rekaan Imam Muda Asyraf ini selesa untuk digayakan.
Cotton adalah material yang tidak panas dan selesa, sesuai dengan keadaan cuaca di negara ini.
Patut la ramai ustaz suka gayakan pakaian Aisy Asyraf bila keluar di kaca tv. Pilihan warna dan corak yang sesuai bagi golongan muda dan berumur untuk kelihatan bergaya.
Paling penting kain tidak jarang dan tidak mudah berpeluh.
Memang rambang mata juga nak memilih baju yang sesuai di sini. Ada jubah yang cantik dan up to date dan pilihan kurta yang membuatkan korang pening nak pilih yang mana satu.
Itu tak lihat lagi baju Melayu dan juga kemeja batik.
Ada juga kurta untuk kanak-kanak. Kalau dah kahwin boleh la aku beli untuk anak. Baru sedondon di hari raya.
Jadi sebab terlalu banyak pilihan pakaian aku memilih untuk gayakan kurta di hari lebaran nanti.
Itu pun aku masih belum tahu nak pilih yang mana satu.
Terdapat pelbagai pilihan koleksi kurta Aisy Asyraf.
Dari kurta murah sehingga ke kurta yang eksklusif semua aku suka.
Kurta Aisy Asyraf Yang Menjadi Pilihan
Antara banyak-banyak kurta yang ada di butik Aisy Asraf aku tertarik dengan kurta Asqalani dan kurta Rafael.
Kurta Asqalani rekaanya eksklusif yang mengabungkan unsur tradisi dan moden dengan kolar cekak musang yang berhias dengan butang baju Melayu.
Kurta Asqalani mempunyai banyak pilihan warna. Tidak mudah berkedut dan senang digosok. Boleh juga digayakan ke pejabat dan majlis rasmi.
Tapi untuk Aidilfitri kali ini aku ingin mencuba sesuatu yang baharu dan segar. Oleh itu aku memilih untuk gayakan kurta Rafael.
Imam Muda Asyraf menyuntik elemen moden ke dalam rekaan Kurta Rafael. Jejaka yang ingin segak dan bergaya boleh memilih pelbagai saiz dan pastinya, dengan potongan yang selesa, badan kelihatan tegap dan kemas.
Koleksi Kurta Rafael ini didatangkan dengan pelbagai corak dan warna yang eksklusif. Sesuai digayakan untuk acara santai dan juga rasmi. Mengabungkan unsur tradisi dan moden dengan kolar cekak musang berhias butang baju Melayu, rekaan Imam Muda Asyraf ini mempunyai aura yang tersendiri.
Memang tak salah mak suruh aku beli kurta Imam Muda Asyraf ni.
Tak sabar nak buat kejutan untuk mak di pagi raya nanti. Mesti senyum lebar bila dia tengok anak bujang ni persis IM Asyraf menggayakan kurta Rafael rekaan eksklusif Imam Muda Asyraf.
Terima kasih butik Aisy Asyraf Shah Alam atas layanan yang diberikan. Memang terbaik. Nanti aku nak bawa mak datang ke sini. Mana tahu boleh jumpa dengan IM Asyraf.
Bagaimana Untuk Dapatkan Koleksi Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf
Bagi yang ingin dapatkan koleksi Aisy Asyraf, boleh kunjungi butik Aisy Asyraf di Bangi, Shah Alam atau Johor Bahru. Tapi yang jauh dari butik, jangan risau, anda boleh dapatkan secara dalam talian (online).
Dapatkan segera koleksi Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf ini kerana koleksi mereka memang #lakukeras.
Selamat membeli belah dan Salam Aidilfitri.
Leave a Reply